PERLAWANAN PERSAHABATAN SCRABBLE 3 PENJURU

 🧩 PERLAWANAN PERSAHABATAN SCRABBLE 3 PENJURU 🧩

9 Julai 2026 | 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
SK Gedangsa

SK Gesir Tengah telah menerima jemputan daripada SK Gedangsa untuk menyertai Perlawanan Persahabatan Scrabble 3 Penjuru bersama SK Seri Fajar.

Perlawanan yang berlangsung di SK Gedangsa ini memberikan peluang kepada murid untuk mengasah kemahiran berfikir, memperkayakan kosa kata serta membina keyakinan melalui pengalaman pertandingan dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.



Dua orang murid telah mewakili SK Gesir Tengah dalam perlawanan ini, iaitu:

🧩 Airis Ariana Delisha binti Mohd Ozua
🧩 Areefah Asma Hannan binti Ariffin

Penyertaan murid turut mendapat bimbingan daripada Miss Nik Aisyah Sofiaa binti Harun selaku Guru Pembimbing.









Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta atas keberanian dan kesungguhan membawa nama SK Gesir Tengah. Terima kasih juga kepada pihak SK Gedangsa atas jemputan dan peluang yang diberikan.

Semoga aktiviti seperti ini dapat terus mengeratkan hubungan antara sekolah serta membuka lebih banyak ruang kepada murid untuk belajar, bersaing secara sihat dan mengembangkan potensi diri. 🌟

Think • Play • Learn! 🧩✨

#SKGesirTengah #Scrabble #PerlawananPersahabatan #Kokurikulum #SEGEST

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama